Aku terbang bersama kawan agar mereka dapat menggapai tanganku bila sayap ku patah

ku perlu kamu

BAB 1
“I
era cepatla aku da lambat ni..woi cepatla! Bersolek jek... jangan lupa kunci sekali rumah tu.”pesanku kepada sahiera... Sahiera memang teman rapatku sejak kecil lagi. Kami merupakan rakan sekelas sejak  sekolah rendah hingga tamat pengajian tinggi. Sekarang pun kami tinggal serumah dan bekerja di tempat yang sama.
“Ye.. aku da siap la ni.. membebel  jek taunye.. sakit kepala aku ni..lagipun  aku nak takut apa kalau lambat. Kau tuan punya syarikat” balas iera.. “Habis tu nak tiap-tiap hari pergi lambat.. bankrupt la aku kalau macam ni selalu.”kami masuk kedalam perut kereta toyota vios kepunyaanku yang di beli semasa belajar di kampus dahulu. Iera juga mempunyai kereta yang sama Cuma berbeza warna sahaja.
“Hish leceh la.. parking da penuh ni..”desus Iera. “Parking bos pun nak rembat.. apelah bebudak ni.. potong gaji  kang..” tambahnya.. Aku membiarkan saja  Iera membebel. Kekadang aku naik jemu dengar bebelannya.. “Hah! Alhamdulillah.Ada pun kosong..” Bisik hatiku.. aku matikan enjin kereta manakala Iera mengambil barangnya di tempat penumpang belakang..
“Morning cik Aien..” perkataan yang selalu aku dengar ketika masuk ke pejabat.Pekerja di syarikat Hawani Sdn. Bhd. Memang ramah dan sangat menghormati orang lain. Sifat itu memang telah wujud sejak papaku mengendalikan syarikat yang  menjalankan projek pembinaan bangunan yang besar. Nama syarikat Hawani Sdn. Bhd juga diambil sempena nama ku iaitu Aien Hawani bte Syed Mokhtar.
“Iera jangan lupa tau lunch nanti. Kau jangan lambat pulak. Nanti aku tinggal.” Pesanku.. “ Baik bos.” Balas Iera selamba.. Lalu ku tolak daun pintu ruanganku yang  berkaca sepenuhnya.. kemudian aku membuka kotku yang ku  padankan dengan seluar slack hitam pagi tadi agarku lebih selesa sebelum duduk menyambung pekerjaanku yang tidak pernah habis..
Seperti biasa , sepuluh minit selepas aku masuk ke ruangan ku, Kak Liza iaitu personal assistantku masuk. Kak Liza telah bekerja di syarikat papaku selepas sepuluh tahun papaku membuka syarikat ini. Dia merupakan pekerja yang paling rajin dan setia dalam syarikat ini. Seperti biasa dia menjalankan kewajipannya. Memberitahu semua meeting penting dan segala tugasku yang tercatit dalam jadual ku untuk hari ini. Selepas itu dia kembali menyambung pekerjaannya.
“Tuk!Tuk!” pintu kaca ku diketuk.. Iera diluar pintu sedang membawa fail yang ku minta.. “Masuk.” “Aein ni fail yang kau minta tadi.. Ni fail untuk projek kita kat singapura. Aku da kira semua bajetnye. Semuanya seperti yang dirancang.. yang ni fail projek kat jb. kau tinggal sign jek.. aku da check semuanye.No problem. Tapi kalau kau nak check lagi sekali dipersilakan.”hujah Iera. “ Huh penat aku dengar. Berpeluh dahi.” Perliku.. selepas itu ruangan ku penuh dengan gelak tawa kami berdua..



BAB 2
“H
uh penatnya hari ni.. Aein kau free tak malam ni?”tanya Iera. “Free. Kenapa?” tanya ku. “Jom kita pergi shooping. Aku nak beli baju la. Asyik pakai baju yang sama jek. Nak tak? “Aik tadi kata penat? Cepatnya penat kau hilang. Lagipun aku tengok kau tukar baju tiap-tiap hari. Cantik pulak tu baju nya. Aku yang bos kau pun boleh kalah tau.” Perliku. “Ala itu baju lama la. Aku dengar budak office cakap Chanel ada keluarkan baju baru. Jomla.”pujuknya. “Yela. Tapi hujung minggu boleh tak? Aku nak ajak  Hani dengan Lina. Boleh ajak diorang shooping sekali. Kan diorang kaki shooping jugak. Kan lagi best.” Cadangku. “ Hmm.. bagus jugak idea kau tu. Okayla. Hujung minggu ni. Nanti aku inform kan kat diorang.” Jawab Iera yang setuju dengan cadanganku. Sampai sahaja di garaj rumah, Iera dengan barangnya teerus membuka pintu rumah.
Masuk sahaja di dalam rumah aku terus menghempaskan punggungku ke sofa hitam cavenzi. Lalu Iera duduk sebelah ku. Masing- masing melepaskan penat dan lelah setelah satu hari bekerja. “Aein kau ada bau sesuatu tak?” suara Iera memecahkan kesunyian. “Tak pulak. Kau ada bau ke?” tanyaku. “Ada. Aku bau kau. Kau busuk la. Bau kambing. Pergi la mandi. Nanti jiran kita bau pula.” Perli Iera sambil ketawa berdekah-dekah. “Hish kau ni aku ingat apa tadi. Eleh kau ingat kau tu tak busuk ke?  Kau tu lagi busuk tau tak. Jiran kita tu selalu mengadu kat aku kalau kau balik jek bau busuk sampai rumah diorang.” Balasku. “Aik! Lebih nampak.”jawab Iera. “Da la aku nak mandi. Da nak mahgrib ni. Malas aku nak layan kau ni.”
Selepas makan malam, aku dan Iera seperti biasa berada di bilik bacaan menyambung kembali pekerjaan yang kami bawa ke rumah. Kami memang akan berada di bilik bacaan selepas makan malam walaupun tiada kerja office yang kami bawa balik. Masa inila kami manfaatkan untuk berchatting dengan kawan-kawan kami. “Aein tadi sebelum aku nak balik ada wakil dari singapore telefon aku beritahu partner kita yang kat sana nak jumpa kita minggu depan.”kata Iera. “Hah?! Nak jumpa dengan kita minggu depan? Nak buat apa? Aku rasa projek tu okay jek. Tak de masalah pun.”tanyaku yang sedikit terkejut. Bukan apa, aku tidak suka projek yang aku kendalikan mempunyai masalah. Kebiasaannya aku membuat persiapan dan persediaan awal untuk menjalankan projek yang besar sebegini. Aku juga tidak suka ada masalah yang remeh temeh semasa projek ini dijalankan. Lagipun ini merupakan projek besar yang pertama yang aku kendalikan semenjak papaku mengamanahkan syarikat ini kepada ku. “Eh ko jangan panik. Mereka ajak kita ke jamuan yang mereka adakan la. Mereka kata untuk mengenall dengan lebih rapat lagi dengan syarikat kita. “Oh.. aku ingatkan ada masalah ke apa tadi. Kau ikut aku la macam ni.” Cadangku. “Yela.. lagipun aku nak shooping kat sana.” Kata Iera yang sememangnya seorang kaki shooping. Aku sudah terbiasa dengan perangainya yang kuat shooping sehingga pernah 3 hingga 4 kali seminggu.






BAB 3
“A
ein mana diorang ni? Janji pukul 1.30 ni da nak dekat pukul 2.00 ni. Hish leceh la gini.” Marah Iera. “sekejap lagi  sampaila tu. Mesti diorang da ada kat sini jugak ni.” “Hah tu pun diorang.” Kataku kepada Iera selepas melihat kelibat Hani dan lina yang memakai baju sedondon berwarna merah jambu cair. “Apelah korang ni lambat sangat. Nasib baik aku tak makan dulu.” Marah Iera kepada kedua kawannya yang baru datang itu. “Okay lepas makan kita nak gi mane?”tanyaku. “kita pergi  Pavillion!”lantas Iera menjawab. “Eh korang tau tak The Times ada buat konsert kat one utama?”tanya Hani. The Times merupakan band underground yang paling diminati oleh kami sejak dari kampus lagi. “Wow! Bestnya. Eh aku nak pergi tengok. Nanti takut habis pulak.” Kataku. “Ala.. tapi aku nak beli baju.”rungut  Iera. “Macam nilah. Disebabkan kau nak pergi beli baju kitorang temamkan. Tapi kena cepat. Lepas tu kita pergi one utama. Amacam?” cadang Lina. “okay!”jawab Iera.
Sampai sahaja di one utama, kami terus masuk. Keriuhan jelas terasa. Kami bernasib baik kerana The Times baru membuat persembahan. Para penonton seperti orang gile terlonjak-lonjak mendengar lagu Something yang bergenrekan pop rock. “Korang lagu favourite aku ni”teriak Aein kepada kawan-kawannya. Lina merasa ada yang tidak kena dengan vokalis The Times. Vokalis The Times, Sam Eric sedang memerhatikan Aein yang memakai baju kemeja berwarna coklat bercampur putih yang di padankan dengan jeans hitam. Terbukti  sifat keremajaannya masih tersisa. Aein tidak perasan.  “ Lagu ini ditujukan khas untuk  gadis yang memakai baju dan seluar jeans yang berwarna hitam. Aku Untuk Dirimu, sayang.” Kata Sam sambil menudingkan jarinya kearah Aein sebelum menyanyikan lagu yang bertajuk ‘Aku Untuk Dirimu’. Muka Aein merah padam. Malu. Kami semua turut tergamam. Semua penonton menepuk tangan.
“Aku nak balik!” kata Aein pada kawan-kawannya. “ Tapi ni belum habis lagi. Rugila macam ni.” Hani merungut. Aein terpaksa menarik kembali niatnya kerana tidak mahu menghampakan kawannya. Selepas habis konsert The Times, mereka semua ingin pulang. “Eh! Aku nak pergi ladies sekejap tau.” Kata Aein. “okay. Kitorang tunggu kat parking tau.” Jawab Iera.
Aein menguak daun pintu tandas untuk keluar. Telefon bimbit Aein berdering. Kuat. “Hish mane ni. Time ni la tak jumpa.” Desus Aein yang kelam kabut mencari telefon bimbit dalam handbagnya. “Aduh!” Aein jatuh terduduk. “Tak nampak orang ke? Mata letak kat lutut agaknya.” Aein membebel. “Sorry miss. I’m so sorry.” Menggelabah jejaka itu meminta maaf. Aein menoleh kearah jejaka yang melanggarnya tadi. “Sam.” Bisik hati Aein. Kedua-duanya terpaku sesama sendiri. “Kita ni ada jodoh la cik....” Sam mematikan perbicaraannya untuk menunggu Aein memperkenalkan diri. Aein masih lagi terkaku kerana jejaka yang di depan mata nya adalah seseorang  yang amat dia minati sejak dulu dan jejaka ini juga yang telah membuatnya malu sewaktu konsert tadi. “Opss.. sorry.. By the way i’m Sam.. And you...?” tanya Sam sambil menghulurkan tangan. Aein mula tersedar daripada lamunannya. Dengan pantas dia bangun lalu segera meninggal kan Sam.




BAB 4
“A
ein kau da pack kan kau punya barang belum?”tanya Iera. “Sudah.” Jawabku ringkas. “Kau okay tak? Macam takda mood jek. Kau tak sihat eh?”tanya Iera lagi. Aku diam membisu. Tergolek-golek di atas katil. “Hmm.. tak pa la. Aku pergi tengok tv dulu. Jangan lupa berkemas. Esok kita nak bertolak.” Pesan Iera. Iera membuka daun pintu bilikku lalu keluar. Aku masih lagi di atas katil. Aku tak tahu apa yang terjadi pada diriku selepas kejadian di one utama. Aku masih lagi mengingati kejadian yang berlaku. Aku masih lagi tergolek-golek di atas katil kemudian mataku terlelap.
“Cik Aein Hawani ya?” tanya salah seorang lelaki yang tampan dalam usia 20-an yang berkot hitam. “ya saya.” Jawabku. “Saya Zaki wakil dari Syarikat Global Sdn.Bhd. Saya datang untuk menjemput cik Aein Hawani dan cik Sahiera Amylea.”terangnya. “Hmm..baiklah.” jawab kami. “cik Aein dan cik Amylea saya akan menjadi pemandu peribadi cik berdua sewaktu cik berdua berada disini. Ni saya akan bawa cik Aein dan cik Amylea ke hotel dulu. Malam ini cik berdua kena tunggu di lobi sebab saya akan bawa cik ke majlis tu.”terang nya panjang lebar. Iera hanya tersipu malu kerana dia amt pantang berjumpa dengan orang yang hensem. Dia mudah terpikat. Aku hanya tersengih melihat gelagat Iera yang memang sebegitu sejak dulu.
Aku menghempaskan punggungku diatas katil yang empuk. Penat berada di dalam perut kapal terbang. Lalu aku terlena. Aku membiarkan sahaja Iera menikmati keindahan kota singa dari bilik kami.
“Aein bangun la. Da nak asar ni. Nanti kau tak sempat nak solat.”Iera mengejutkan aku. Aku bergegas bangun  mengambil wuduk dan menunaikan solat zuhur. Kemudian aku terus menunaikan solat asar yang kebetulan sudah masuk waktu. Iera sedang mandi. Aku berdiri dibalkoni di bilikku untuk menikmati pemandangan kota singa. Kota yang seharusnya menjadi sebahagian malaysia tetapi telah memilih jalan untuk berkerajaan sendiri.
Maghrib telah masuk. Kami berdua solat secara berjemaah. Selepas itu kami bersiap-siap untuk menghadiri majlis silaturahim di antara syarikat aku dan Syarikat Global Sdn. Bhd. “ Aein.. Zaki tu baik ek. Aku rasa aku sesuai la dengan dia. Ko rasa okay tak?” tanya Iera. “Boleh la. Dia tu memang baik pun. Tapi kau kena kenal hati budi dia, latar belakang dia. Mana tau dia da berpunya ke, da bertunang ke, da kawin ke.. mana tau..”jawabku. Selepas bersiap, aku dan Iera menunggu Zaki di lobi.
Kami dibawa ke majlis itu. Aku dan Iera sebagai tetamu kehormat. Kedatangan kami di tunggu oleh semua pihak. Kami di berikan satu tempat duduk yang khas. “Cik Aein saya Dato’Adam. Saya pemilik Global Sdn. Bhd. Tapi akan digantikan dengan anak tunggal saya, Shamril Adam.” Aku tersentak mendengar nama itu. Seperti sudah terbiasa dengan nama itu. Tapi aku biarkan sahaja. “Panggil saja saya Aein. Agar lebih mesra.”kataku.Mungkin kebetulan. Aku semakin rancak berbual. Aku semakin kenal dengan semua organisasi projek ini. Mungkin ada banyak faedahnya jika membuat majlis seperti ini selalu.